Konsep Mymode

Perbezaan antara pengguna telefon bimbit biasa dengan Agen MyMode

Setiap pengguna telefon pasti akan beli prepaid apabila kehabisan kredit. Pengguna telefon bimbit biasa, habis kredit topup je, terus turun rumah start motor dan pegi kat kedai-kedai yang jual topup.

Kalau stok prepaid tiada, terpaksa cari kedai yang lain. Agak-agaknya kalau keluar lewat malam, kedai yang jual topup sudah pun tutup. Terpaksa cari kat Seven Eleven yang berhampiran.

Kalau stok tiada balik rumah berputih mata, terpaksa tunggu hari esok. Dalam perjalanan balik, motor yang dipandu eksiden dengan lori balak. Mangsa meninggal di tempat kejadian..susahnya nak beli prepaid sekeping, terpaksa bergadai nyawa demi kad topup yang berharga RM10 cuma…

Ahli MyMode pula, tengah syok-syok bergayut dengan awek, tetiba topup habis.. Tak perlu risau, hantar SMS kat MyMode minta order topup. Tak sampai 10 saat topup sampai, bleh sambung balik discussion dengan awek..alahai senangnya nak topup, berguling-guling atas katil pun dah dapat beli topup..tak perlu fikir nak start motor pegi kedai, atau bergadai nyawa kat jalanraya lagi..

Kalaulah ditakdirkan anda meninggal dunia, MyMode menyediakan satu pampasan khairat kematiaan kepada anda..sekurang-kurangnya adalah sedikit harta untuk anak-anak. Lagipun hutang kita masih banyak yang belum habis, kereta lagi, rumah lagi. Alhamdulillah, MyMode selesaikan masalah… Kalau beli prepaid kat kedai, usahkan pampasan, topi maxis pun tokey tak bagi..

Join MyMode lah…macam-macam anda dapat

 

Perniagaan yang boleh diwarisi hingga ke anak cucu!

Adakah anda memahami maksud “bisnes yang boleh diwarisi”?

Cuba anda berikan contoh bisnes yang boleh diwarisi?

Bisnes yang boleh diwarisi bermaksud kita boleh menyerahkan sepenuhnya sesuatu perniagaan kepada anak-anak kita apabila kita telah meninggal nanti tanpa perlu risau memikirkan samaada perniagaan kita akan kerugian apabila kita telah tiada.

Contohnya, seorang tauke francais McD boleh menyerahkan perniagaannya kelak pada anak-anaknya tanpa perlu lagi memikirkan samaada anaknya kelak boleh menguruskan perniagaan itu kelak.

Ini kerana McD telah menyediakan satu sistem yang mana anak tauke tersebut tidak perlu pandai membungkus burger, menggoreng ayam, mengambil pesanan mahupun mengelap meja sekalipun. Dia hanya menerima sahaja perniagaan tersebut kerana SISTEM nya telah lengkap. Sudah ada pekerja yang menguruskan kesemuanya sekali.

Ini berbeza dengan perniagaan kedai makan. Contohnya saya pandai memasak dan membuka sebuah kedai makanan yang kemudian terkenal kerana keenakan masakan saya. Memang saya boleh mendapat keuntungan yang tinggi kerana masakan saya yang enak dan menjadikannya terkenal, tetapi saya tidak boleh mewariskan perniagaan ini kepada anak-anak saya bila saya meninggal kelak. Anak-anak saya tidak mungkin dapat memasak seenak masakan saya. Lama-kelamaan kedai makan tersebut akan tutup juga.

Bila anda menyertai MyMode , dan anda telah membina network yang cukup besar, dan pendapatan anda sudah mencecah angka ribuan ringgit, anda boleh mewariskan perniagaan ini kepada anak-anak anda. Hanya berikan sahaja kepada mereka simkad anda dan dia hanya menerima sahaja bisnes ini tanpa berbuat apa-apa lagi. Dia tidak perlu pandai menaja orang atau menjual topup lagi. Setiap minggu dan setiap bulan dia boleh cashkan MyPoints, walaupun hanya duduk berehat tengok Akademi Fantasia saje. Inilah yang menjadikan MyMode cukup berharga…

Tiada lagi bisnes yang sehebat ini yang boleh diwarisi dengan hanya RM65.00 seumur hidup..


Konsep pemasaran MyMode sebenar!

Ramai yang masih belum mengetahui “RAHSIA UNTUK BERJAYA DI MYMODE”.

Jika ditanya kepada Leader-leader yang sudah berjaya, tentu mereka berkata “Bina network sebesar mungkin, prepaid pakai sendiri sahaja”.

Istilah NETWORKING di MyMode bermaksud kita perkenalkan sistem MyMode ini kepada rakan-rakan dan pengguna telefon bimbit yang lain. Memperkenalkan sistem ini lebih mudah diringkaskan sebagai menaja orang menyertai MyMode seperti kita.

Tidak susah untuk kita menaja, kerana setiap hari kita bergaul dan berjumpa dengan rakan-rakan yang sememangnya mempunyai telefon bimbit. Sekarang ini, sudah jarang kita temui pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit sendiri.

MyMode tidak suruh kita menjual prepaid, kerana dengan menjual kita tidak mampu memperoleh pendapatan yang besar. Cuba kita tengok kedai-kedai prepaid di tempat kita, tiada pun yang menjadi jutawan walaupun jualan sehari-hari mencecah angka ribuan ringgit. Apatah lagi kita yang tiada kedai prepaid sendiri, mana mungkin mampu menjual seperti mereka.

Jadi, apakah cara yang betul untuk menjadi jutawan di MyMode ? Ini adalah rahsianya. Di MyMode , NETWORK adalah amat penting sekali. Cuba anda lihat di sekeliling anda, berapa orangkah pelajar yang mempunyai telefon?

Biasanya di sesebuah universiti terdapat 20,000 orang yang menggunakan telefon bimbit. Cuba anda bayangkan, setiap orang akan membeli prepaid sekurang-kurangnya RM30.00 sebulan untuk hidupkan line telefon. Jadi, kalau di kira dengan 20,000 pelajar tadi, mereka akan membelanjakan sekurang-kurangnya RM600,000.00 sebulan untuk topup telefon mereka.

Cuba anda fikir, jika kesemua 20,000 pelajar tadi adalah ahli MyMode di bawah anda, dan jika MyMode memberikan komisen 1% daripada pembelian prepaid tadi, anda senang-senang sahaja dapat RM6,000.00 tanpa perlu menjual apa-apa.

Jadi, sudah jelas di MyMode , kaedah yang betul untuk cipta income yang besar adalah dengan membuat networking. Masing-masing hanya guna sendiri sahaja topup untuk kegunaan sendiri. Kalau nak jual, itu satu kelebihan untuk anda.

Konsep MyMode adalah guna sendiri topup dan perkenalkan pada kawan-kawan yang lain. Kalau menjual, kita akan fight sales dengan agen-agen kita, tapi kalau kita buat network kita bekerjasama sebagai satu pasukan. Bekerja sebagai satu kumpulan lebih baik daripada bekerja berseorangan.

Bila anda memahami konsep sebenar MyMode , anda akan berjaya…

 

Kehebatan Bisnes Prepaid di MyMode

Antara kehebatan bisnes prepaid MyMode ialah cepat berkembang.

Dengan pakej pendaftaran yang murah dan mampu milik iaitu RM65.00 (modal percuma 11.00 MyPoints), ahli-ahli cepat mengembangkan perniagaannya.

Bisnes prepaid bukan seperti bisnes produk kesihatan atau pelaburan internet, yang mana memerlukan modal besar pada permulaannya. Dalam bisnes ini, produknya iaitu prepaid adalah senjata killer yang akan menjana keuntungan kepada ahlinya.

Seperti yang diketahui ramai, prepaid tidak perlu di iklankan lagi. Telco sudah siapkan promosi untuk anda, dan anda hanya perlu bermain strategi sahaja untuk memasarkan prepaid ini kepada pelanggan anda.

Anda punya ahli keluarga yang rata-ratanya pakai prepaid, anda ada member-member yang pakai prepaid seperti anda, jadi pelanggan di sekitar anda sudah tersedia. Hanya perlu berani buka mulut sahaja.

Hebahkan pada mereka anda agen prepaid. Boleh beli dengan saya atau kalau nak buat duit macam saya boleh register, murah je hanya RM65 seumur hidup.

Tak perlu nak bukak kedai prepaid besar-besar atau nak cari pekerja tolong jaga, hanya bawa telefon dalam kocek anda ke mana sahaja anda pergi. Anda diibaratkan kedai prepaid bergerak, sana-sini boleh jual pada customer anda.

Jika anda pandai menaja, anda akan menikmati hasil daripada jualan ahli di bawah anda. Contohnya anda ada member di kampung sebelah dan dia berminat untuk menjadi seperti anda. Jadi, anda daftarkan dia sebagai agen prepaid MyMode dan segala hasil jualannya anda akan nikmati sama sebagai komisyen atas usaha anda menajanya.

Pada peringkat awal, ahli MyMode belum merasai kekuatan bisnes prepaid ini. Tetapi, apabila sudah mempunyai network yang besar dan ‘solid’, barulah anda akan mengerti di mana ‘power’ nya bisnes ini. Wang mengalir setiap masa terus ke telefon bimbit anda walaupun anda tidak lagi menghiraukan apa yang berlaku pada network anda.

Ahli MyMode ada kemudahan iaitu beli topup melalui SMS, selagi ada MyPoint dalam telefon, selagi itu mereka akan order topup. Dengan itu sales kita akan bertambah dan keuntungannya kita akan dapat sama.

Ayuh semua ahli MyMode , kembangkan network anda sebesar yang mungkin. Setiap hari Khamis dapat bonus, cash kan saje duit tersebut seperti anda menerima gaji dari bos anda.hahaha

Jom join sekarang ;)

 

Kenapa Remaja Berpendidikan Seperti Kita Patut sertai MyMode

Tentu anda pernah membaca akhbar atau buku-buku di kedai yang memaparkan kisah kejayaan penggiat-penggiat MLM. Ada sesetengah daripada mereka tidak pernah menamatkan zaman persekolahan, malah ada yang hanya sampai darjah 6 sahaja. Tetapi dek kerana kesungguhan dan kegigihan mereka, mereka berjaya bergelar jutawan dan memiliki rumah banglo dan kereta mewah hasil dari titik peluh usaha mereka.

Cuba anda bayangkan, orang lain yang tidak memiliki kelulusan dan pendidikan setahap dengan kita boleh berjaya bergelar seorang jutawan! Apatah lagi kita, sebagai seorang pelajar IPT yang sememangnya memiliki pengetahuan yang tinggi, sudah pasti BOLEH BERGELAR JUTAWAN JUGA!

Kita memiliki pengetahuan yang tinggi, kita mempunyai pasaran pelajar yang luas, kita memiliki produk yang menjadi barang keperluan, semua pelajar memiliki telefon bimbit, satu hari nak jumpa pelajar yang tiada telefon bimbit pun susah. Jadi, ciri-ciri utama untuk mencapai kejayaan dalam MLM sudah ada dalam tangan kita sekarang!

Adakah anda pernah terfikir selama ini, berapa banyakkah wang yang telah dihabiskan untuk prepaid telefon bimbit anda. SUDAH PASTI ANGKA TERSEBUT JAUH LEBIH MAHAL BERBANDING DENGAN HARGA TELEFON BIMBIT YANG ANDA SEDANG GUNAKAN SEKARANG! Jika wang tersebut dikumpulkan, nescaya hari ini anda boleh membeli sebuah kereta barangkali, betul tak? Malah, anda tetap akan membeli dan terus membeli prepaid selagi anda terus menggunakan telefon bimbit.

Ok, cuba tanya diri anda, sebelum ini apabila kehabisan kredit topup, anda belinya di mana? Tentu sekali di kedai-kedai prepaid atau dengan kawan-kawan anda yang jual topup kan? Setiap kali anda beli topup kat kedai tu, siapa yang dapat untung? Apa pulak yang anda dapat? Mesti tokei kedai itu yang dapat untung, dan anda pula tidak dapat apa-apa kecuali topup yang anda mahukan sahaja. Cuba fikir, selama mana anda mahu menguntungkan tokei kedai tersebut, sedangkan tokei kedai tersebut tidak pernah langsung nak berikan apa-apa hadiah kepada anda sedangkan sudah bertahun anda menguntungkan dia,

Canggih ke telefon bimbit anda? “Eh, mestilah. Sekarang kan zaman teknologi. Tengok telefon saya, dapat tangkap gambar, send MMS kat kawan-kawan, dapat buat panggilan Video 3G ala-ala Siti Nurhaliza pulak, haha ada Bluetooth dan GPRS lagi, tengok nie siap ada gambar MAWI lagi, try awak call saya sekejap, ada Caller Ringtone lagu kegemaran saya tau.

Tapi kenapa bila je telefon anda kehabisan ‘nyawa’(PREPAID), anda pergi hulur kat kedai dan bagitahu kat tokei kedai “ABANG, KASI TOPUP MAXIS RM10.00”. Awak kata telefon awak canggih? Tapi kenapa bila habis nyawa, awak pergi hulur kat kedai? Telefon awak rosak ke? Tengok telefon saya, jenama 3310 je, tapi bila habis nyawa, saya hanya perlu hantar SMS je kat MyMode nak order topup, tak perlu lagi nak pergi ke kedai seperti awak. Jadi saya pun boleh sambung bergayut balik dengan bf saya.hahaha

INILAH SEBAB KENAPA ANDA PATUT SERTAI MyMode . Kami tidak menjual e-book yang ANDA TIDAK AKAN MEMBACANYA. Kami tidak menjual ubat gigi dengan harga 2 kali ganda harga pasaran, Kami tidak menjual produk yang membuatkan anda terpaksa memikir 2 kali untuk meninggalkan barangan yang anda gunakan sekarang. Sebaliknya apa yang kami pasarkan adalah barangan wajib beli dengan harga yang sama dipasaran. PLUS, MyMode memberikan anda BONUS dan INSENTIF yang anda tidak akan dapat di mana-mana gedung sekalipun!!

Jangan tunggu lama-lama )

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: