Insurans Takaful Prudential-BSN

Assalammualaikum….

BERKONGSI KEBAIKAN…

Untuk mereka yg sedang mencari insurans untuk diri sendiri dan keluarga, di sini saya ingin menawarkan perlindungan insurans dari Prudential Assurance Malaysia. Rundingan Percuma utk sekitar KL / Selangor. Ejen adalah sahabat saya yg sudah berkecimpung lebih 4 tahun sbg ejen Prudential. InsyaAllah, saya akan menjadi ejen yg bertauliah dalam waktu terdekat.

PLAN BARU PRUDENTIAL-BSN TAKAFUL…
APAKAH KELEBIHANNYA:

Berbeza dengan pelan perlindungan lain (PAY FIRST, CLAIM LATER), tetapi dengan adanya KAD PERUBATAN PRUDENTIAL BSN TAKAFUL anda hanya perlu menunjukkan kad ini sebagai JAMINAN untuk menerima rawatan segera dan selesa di hospital pakar swasta yang cekap, mudah kan?? . Segala urusan bil, serahkan pada kami PRUDENTIAL uruskan!

takafulkadau9.jpg

Banyak lagi manfaat tambahan lain jika anda perlukan, anda tentukan:
1. Kematian dan Hilang Upaya Akibat Kemalangan – Mendapat pampasan
2. Perlindungan Perubatan – menerima bantuan tunai tetap untuk Kemasukan Hospital
4. Manfaat Hospital – Memberi bantuan tunai harian sekiranya di masukkan ke hospital
6. Bantuan Pampasan untuk Perlindungan Penyakit Kritikal
7. Imdemniti Mingguan: Memberi bantuan tunai mingguan jika kehilangan upaya akibat kemalangan.
8. Bayaran Manfaat Penyumbang/Pasangan: Syarikat akan membayar premium simpanan jika diserang penyakit kritikal.
9. Khairat Kematian untuk waris

dan banyak lagiiii…..

pelanprubsn.jpg

Antara tujuan/konsep PRUDENTIAL BSN TAKAFUL ialah:

1) Melindungi pendapatan dan simpanan sekiranya kita ditakdirkan ALLAH dilanda musibah kematian /hilang upaya kekal menyeluruh, supaya waris kita dapat meneruskan kehidupan tanpa terlalu meminta-minta kepada orang lain.
2) Melindungi hutang sekiranya kita ditaqdirkan ALLAH dilanda musibah meninggal dunia/hilang upaya kekal menyeluruh, supaya hutang kita dapat dilunaskan dan tidak membebani waris yang kita tinggalkan.
3) Mendapatkan Dana untuk rawatan penyakit kritikal.
4) Gantian pendapatan sekiranya tak dapat bekerja akibat dimasukkan ke wad hospital.
5) Jaminan dana pendidikan anak untuk pengajian tinggi.
6) Perancangan kewangan keluarga dan individu muslim dalam bentuk Pengurusan Risiko Kewangan.
7) Mengajak ummat Islam memiliki pelan jaminan kewangan yang berlandaskan syariah ISLAM diberi nama Takaful yang jauh dari RIBA’, MAISIR dan GHARAR (HALAL 100%).

** MAKLUMAT TAMBAHAN:- Keperluan insurans/takaful dalam kehidupan.
Berdasarkan kepada kajian yg dibuat oleh Life Insurance Malaysia Research Association (LIMRA), sepanjang hayat manusia, seseorang itu memerlukan sebanyak 7 polisi sepanjang hayatnya. Ia meliputi aspek untuk perlindungan, kesihatan, pelaburan, pendidikan dan juga simpanan.

Populasi yang mempunyai perlindungan insurans di Malaysia hanya 25% daripada 26 juta rakyatnya (yang kebanyakan dari kaum bukan-bumiputra). Berdasarkan jumlah ini, boleh dikatakan kesedaran terhadap keperluan serta kepentingan insurans/takaful di Malaysia masih rendah. Di Singapura sebanyak 100% yang memiliki polisi, secara purata 1 orang 1 polisi dan Jepun sebanyak 150%, iaitu 1 orang memiliki lebih daripada satu polisi.

Bagi muslim, ulama telah menghasilkan takaful sebagai alternatif untuk insurans konvensional. Ini bagi mengelakkan unsur-unsur yang tidak halal dalam insurans. Al-Takaful adalah dari perkataan Arab “Kafala” yg bermaksud UNTUK MEMBANTU atau MENJAMIN. Maka PRUDENTIAL BSN TAKAFUL adalah hasil usaha-sama Prudential Holding Ltd dan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menjalankan perniagaan Takafulink (di luluskan di bawah undang-undang Syariah) dan di agihkan oleh PRUDENTIAL Assurance Malaysia Berhad.

“Gunakan 5 sebelum 5 perkara: Muda sebelum Tua, Sihat sebelum Sakit, Kaya sebelum Miskin, Lapang sebelum Sempit, Hidup sebelum Mati” – Riwayat Muslim

Sama-samalah kita mendoakan yg terbaik untuk semua agar dijauhi dari segala musibah. Sediakan Payung Sebelum Hujan! Di PRUDENTIAL BSN TAKAFUL, kami sentiasa mendengar dan memahami keperluan anda.

PRUDENTIAL ASSURANCE Official Website Malaysia

Anda boleh mendapatkan maklumat2 utk plan2 lain yg terdapat dalam Prudential dengan menghubungi :
En Ishak bin Mohamed Amin
+6019 – 3885 928

13 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Abang ngah saya nak tahu pasal insuran yg boleh antar pergi umrah ada ka?

  2. cara bayarannya bagaimana kalau bukan melalui agen, saya tertipu skrg ni, sampai laps insuran saya…

  3. nak tahu pasal insuran prudential dan kemudahan

  4. 1) hantarkan senarai pekej2 yang prudential insurans tawarkan kepada pencarum…..
    2) bagaimana pengagihan simpanan dan insurans dilakukan oleh pihak syarikat kepada
    setiap caruman yang dibuat? Berapa nisbahnya?
    3) adakah pembedahan untuk perempuan yang bersalin juga termasuk dalam pakej
    insurans prudential?
    4) bagaimana untuk membuat sesuatu claim ke atas sebarang kemalangan yang berlaku?

  5. nak tanya sikit, kalu bini masuk hospital sebab nak bersalin, dapat tak bayaran elaun hospital?

  6. saya ingin mengetahui kelebihan berkenaan prudential insurans dan pakej yang ditawarkan.

  7. tuan, bole clarify skit…org kata PRUDENTIAL tak elok, sbb support US.
    As we all know, PRUDENTIAL is from there.

    Tlg coment skit.

  8. nk tau prudential nie ada simpanan x?
    dan tolong jelas kn dgn lebih terperinci dari segi :
    1.bayaran bulanan
    2.jenis2 insurans
    3.cover dari segi pe?

    coz be4 nie sy msuk maa insurance..dia ckp ada simpanan tp bla g chek xde pn…geram gak la..
    so skrg sy tgh cari pelan yg sesuai ngan sy..
    budjet under rm100..
    pls help me..
    salam..tq

  9. nak tahu pasal pekej yang ditawarkan dan jumlah caruman
    kalo ada saper2 bleh terangkan

  10. salam. Saya nak tanya boleh jelaskan dengan lebih terperinci tak tentang plan baru prudential-BSN Takaful yang diterangkan? Berapa bayaran yang dikenakan mengikut pelan2 yang sedia ada. Kelebihan dan bila saya boleh dapatkan kad keahlian?? berapa yang harus dibayar untuk keahlian?? Harap mendapat jawapan awal dari pihak Tuan/Puan??

  11. nk tau prudential nie ada simpanan x?
    dan tolong jelas kn dgn lebih terperinci dari segi :
    1.bayaran bulanan
    2.jenis2 insurans
    3.cover dari segi pe?

    budget berapa

    • Salam Za,

      Kalau berminta boleh ctc sy di 012 2306615.Mungkin kite bole buat appointment boleh sy terangkan secara mendalam

      Terima kasih

  12. Saya dah berumur 27 tahun dan sudah berkahwin. Saya nak dapatkan insurans yang bayaran bulanan rendah tetapi mampu cover keperluan saya; bersalin misalnya. Harap dapat beri pendapat.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: